Ibadah Corner




Assalamualaikum Warrahmatullah





Jika di dalam kelas ada sudut bacaan, apa kata kita wujudkan juga satu sudut khas di dalam bilik kita. Bukan sudut bacaan, tetapi sudut ibadah. Apa yang ada di sudut ubadah itu?


1.  Sediakan satu tempat khas yang tinggi untuk meletakkan al-Quran.

2.  Sediakan sebuah kotak khas yang menempatkan buku kecil zikir seperti al-Ma'thurat atau al-Manzil, tasbih, kopiah dan sebagainya. Ini bagi memudahkan mencari dan mencapai kesemua item dan mencapai kesemua item tersebut pada bila-bila masa sahaja diperlukan.

3.  Bagi remaja perempuan, gantung telekung solat dengan kemas.

4.  Sediakan satu senarai semak harian, mingguan dan bulanan berkenaan aktiviti ibadah yang ingin dilakukan. Tandakan ( / ) bagi aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan.

5.  Di sudut ibadah ini juga, tampalkan kata-kata hukama yang boleh memotivasikan diri ke arah keseronokkan beribadah.



See? Senangkan? Jom sama-sama amalkan. 

# Mutiara tidak pernah dimuntahkan timbul oleh lautan. Bahkan kita yang perlu menyelami dasar lautan, mengutip tiram dan mencari mutiaranya. Samalah juga dengan mutiara ilmu, perlu dicari ilmu yang bermanfaat dengan sungguh-sungguh.




0 comments:

 

Template by Web Hosting Reviews

SEMUANYA MILIK MR.MRS DEBO@2014
Tiny Kaoani