Mula Dengan Wudhuk




Assalamualaikum Warrahmatullah





Berwuduk sebelum melakukan sebarang perbuatan ialah sunnah. yang wajib hanya ketika solat dan tawaf. namun sunnah ini tidaklah begitu popular dalam kalangan masyarakat kini, tetapi hakikatnya ia sangat baik untuk rohani dan jasmani kita.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna, keluarlah dosa-dosanya dari seluruh tubuhnya bahkan dari bawah kuku-kukunya." (Riwayat Muslim)

Di sini dapat kita lihat hikmah berwuduk dari segi rohani. Jika kita berwuduk dengan sempurna, Allah swt menghapuskan dosa-dosa kecil. Begitu juga dengan sunnah ini, jika kita berwuduk dengan sempurna sebelum melakukan apa-apa pekerjaan atau aktiviti, kita sebenarnya diberi pengampunan oleh Allah dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya juga.

Dari segi jasmani pula, apabila kita berwuduk, kita akan berasa segar seolah-olah baru sahaja mandi. Ini kerana wuduk mengaktifkan kekuatan tubuh badan dan dalaman kita kerana semua titik-titik kekuatan tubuh badan berada pada anggota wuduk.

Rasulullah saw juga menggalakkan kita mengambil wuduk sebelum tidur seperti sabdanya ini, maksudnya: "Sesiapa yang tidur pada waktu malam dalam keadaan sudi (berwuduk), malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya malaikat itu akan mengucapkan: "Ya Allah ampunilah hambamu si polan kerana ia tidur pada malam hari dalam keadaan selalu suci." (Riwayat al-Tabarani)

Pakar-pakar kesihatan juga secara tidak langsung telah membenarkan galakan Baginda agar berwuduk dengan anjuran supaya membasuh bahagian-bahagian tubuh yang penting seperti tangan, kaki, mata dan mulut sebelum tidur ternyata merelakskan tubuh badan serta memberi tidur yang berkualiti

Wuduk sebelum solat itu wajib. Namun ia juga boleh dipraktikkan sebelum belajar, pergi ke sekolah, membaca buku, sebelum tidur dan sebagainya. Wallahu'alam.

SELAMAT BERAMAL :) 

ALLAHUAKBAR!



Sumber: Majalah Gen-Q (keluaran Februari 2013)

0 comments:

 

Template by Web Hosting Reviews

SEMUANYA MILIK MR.MRS DEBO@2014
Tiny Kaoani