Selamat Kembali Ke Sekolah, Wahai Pelajar



Assalamualaikum Warrahmatullah







Alhamdulillah. 2013 kini kembali. Sesi persekolahan sudah pun bermula. Sekolah Eisya start sekolah 2 Januari 2013. Permulaan yang baik bagi Eisya. Segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Korang? Selamat datang :)

Apa tujuan kita ke sekolah? Dating? Cari awek? Lepak? Tidur? Aik? Macam tu ke? Tetttt!! Ape la. Kita ke sekolah untuk menuntut ilmu Allah. Pacakkan niat dalam hati. Kita ke sekolah kerana Allah. Kejar ilmu Allah walau sampai menara gading. Ingat, ilmu Allah itu luas.

Ok. Nak share something about Eisya la. Haaaa ~ Hehe. So, dalam Facebook ramai friends chat Eisya tanya Eisya ni dari Madrasah or Pondok or Sekolah Agama (SMA). Wahai sahabat2 Eisya yang Allah sayang, Eisya hanya pelajar biasa dari SMK je. Tak ambil subjek Bahasa Arab. Dah tau kan? Hehe. Eisya kat sekolah bertudung labuh. Korang tau kan, bertudung labuh tak kan dapat lari dari kutukan dan sindiran dari pelajar2 lain. Haaaa~


"Pergh, labuhnya tudung,macam khemah! Rimas!"
"Eww,besar gedabak baju dia, tak up-to-date langsung!"
"Mesti kaki dia buruk kan, sebab tu dia tutup.."


Selalu dengar ayat2 macam tu keluar dari pelajar2 lain. Dah la Eisya ni pakai tudung labuh hitam. Pengawas kan. Alah~ pedulikan la semua tu. Apa yang harus kita lakukan kalau menghadapi situasi macam ni? Sonang ajo la. TULI kan telinga dari mendengar cacian mereka. BUTA kan mata dari melihat jelingan sinis mereka. Dan, BUKALAH hati serta Yakinlah Allah tetap ada sebagai penghibur Duka. Kan? Senang aje.

Lagi satu, selalu tak korang hadapi perkara ni. Bila sedang berjalan melintas kelas. Sekumpulan pelajar lelaki ganggu korang. Macam mengorat la. Secara jujur. Eisya selalu. Alah, dorang boring tu. Haha. Wat bodoh je la. Jangan layan. Kalau korang layan, makin jadi la dorang kacau.

Paling best bila, tengok pelajar baru Tingkata 1. Comel2 belako. Kecik2 je. First day sekolah, pertama kali perhimpunan. Datang salah seorang pelajar perempuan Tingkatan 1, soalan pertama diajukan. "Awak tingkata berapa? Tingkatan 1 juga ke?" Terasa kecik pulak Eisya ni. Haha. Tapi, Eisya suka dia sebab peramah dan berani bertanya.

So, macam2 situasi dan perkara berlaku pada kita kat sekolah kan. Memang ramai yang merungut tak suka sekolah. Tapi, one day nanti bila dah tak bersekolah lagi, korang akan rindu saat2 persekolahan. Bagi yang masih digelar pelajar, belajar kerana Allah. Ibu ayah penat lelah mencari duit untuk menyara anak2 untuk bersekolah. Hargai apa yang mereka korbankan pada kita.

# Selamat bersekolah :)
 

Template by Web Hosting Reviews

SEMUANYA MILIK MR.MRS DEBO@2014
Tiny Kaoani