Sayyyaaannggg Awakk, Adik



Assalamualaikum Warrahmatullah

Alhamdulillah. Dah ucap alhamdulillah? Tak susah nak ucap. Tak tergigit pun lidah nak zikir Alhamdulillah. Salam Sayyidul Ayyam buat semua pembaca blog Eisya ni. Eisya doakan semuanya sihat in shaa Allah. Cuti akhir tahun nak berakhir. So, yang bergelar pelajar dah sedia untuk bersekolah? Get ready your mind set.

Ok. Sebelum tu, Eisya bersyukur sangat-sangat pada Allah SWT yang dah mempertemukan Eisya dengan seorang hamba Allah ni. Indahnya Ukhuwah Lillahita'ala. Walaupun tak pernah bersua muka. Tapi, aturan Allah indah sekali. Bertemu di mukabuku.

NUR SHAFIYYAH NAUFAL. Subhanallah. Nama yang indah. Nur bermaksud Cahaya. Shafiyyah bermaksud Kawan Tulus Ikhlas. Allahuakbar. She is my best friend ever. Walaupun dia muda setahun dari Eisya. Eisya anggap dia macam adik Eisya sendiri. 

Kenal pun tak lama. Tapi, In shaa Allah. Ukhuwah ini akan terus kekal hingga Jannah kerana-NYA. 

# Dik, ni pesanan dari akak. Jaga solat, jaga hati, jaga iman. Jangan lupakan akak ye. Syukran sebab sudi jadi kawan @ adik akak selama ni. Akak rasa bersyukur sebab kita ditemukan walaupun dalam facebook. Ukhwah itu indah, ukhwah itu kasih sayang. Ukhwah itu dakwah. Islam juga menyuruh kita menghubungkan silaturrahim. Akak sayang adik fillah. In shaa Allah kalau ada jodoh, kita jumpa. Kalau tak di dunia Allah, In shaa Allah di Syurga Nya :) 







| Allah <3 Allah <3 Allah |

Segalanya Yang Berlaku Ada Hikmahnya




Assalamualaikum Warrahmatullah



Setiap manusia tidak lari dari ditimpa masalah kan? Kalau tak ada masalah tu tak normal la. Hehe. Gurau la. Allah mesti turunkan ujian buat hambaNya sebab nak uji tahap keimanan kita. Haa ~ Tambah-tambah lagi, Allah rindu nak dengar rintihan kita meminta pertolongan untuk permudahkan segala ujian. Subhanallah! Sweet sangat Allah kan ^_^

Semua masalah yang kita hadapi ada hikmahnya. Macam-macam hikmah yang kita dapat. Sentiasalah fikir positif dalam sesuatu perkara. Haa~ Eisya nak kongsikan satu cerita ni. Ni pengalaman yang Eisya sendiri hadapi. Tapi, mesti korang pernah hadapi situasi yang sama kan? Macam ni..

Sebelum akhirnya sesi persekolahan, Eisya dapat satu nombor yang tidak dikenali. Sering 'misscall' Eisya. Hampir setiap hari. Eisya buat-buat tak tau je. Ye la, Eisya bukannya suka nak layan nombor sebarang. Bila tiba satu hari tu kan, Eisya dah 'fed up' dengan nombor tu, Eisya jawab la. Dia tanya, ni betul Eisya ke? Macam dia kenal kat Eisya ni. So, Eisya try la siasat siapa dia.

Rupa-rupanya, dia kawan baik abang Eisya. So, lama-lama Eisya kenal dia, hati Eisya pun terpaut la kat si dia ni kan. Then, satu hari tu. Eisya terus terfikir. "Apa yang aku buat nih. Kenapa mudah cair dengan ayat-ayat lelaki? Bangun!! Jangan mudah terpedaya" Lepas tu, Eisya terus cari alasan nak pergi jauh dari hidup dia.

Eisya fikir pada sisi positif. Eisya fikir, Allah hantarkan si dia ni pasti nak uji tahap keimanan aku. Allah nak uji sejauh mana cinta aku pada Allah. So, Eisya tinggalkan dia. Alhamdulillah sekarang Eisya lega. Haa ~ 

Amacam. Ada hikmah disebalik yang berlaku. Cerita ni bukan tujuan Eisya nak menunjuk-nunjuk. Tapi nak kongsi kat korang. Jangan terus lalai dan terus berputus asa kalau ada masalah. Segalanya ada jalan penyelesaian dan ada hikmahnya. Cuma kita je yang tak perasan. Ingat! Kalau ada dugaan yang datang. Jangan pernah salahkan Allah! 

Solat Istikharah adalah jalan terbaik untuk jawapan pada yang tak pasti. In Shaa Allah. Jangan lupa mengadulah pada Allah kalau dah tak mampu. In Shaa Allah, Allah pasti akan bantu korang. Percayalah! :)






| Allah <3 Allah <3 Allah |


 

Template by Web Hosting Reviews

SEMUANYA MILIK MR.MRS DEBO@2014
Tiny Kaoani