Dugaan Allah Mengajar Erti Kehidupan



Assalamu'alaikum Warrahmatullah


Allah berfirman bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?
Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)
Dugaan dalam kehidupan adalah satu perkara yang semua orang tidak mampu terima dengan hati yang tulus sebagai seorang hamba sebagai satu ujian dari Allah.
Dugaan kecil mahupun besar semuanya adalah takdir dari Allah kepada manusia pilihannya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya.
Kita tidak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan yang ditimpa secara langsung mahupun melalui perantaraan manusia.
Kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita.....



ALLAHUAKBAR! 

Akhir-akhir ni Allah dah menurunkan dugaan pada hamba-hambanya. Allah dah menunjukkan kekuasaan-NYA. Banyak yang belaku pada diri yang sentiasa dilimpahi dengan dugaan Allah. 

14 September 2012
Berlakunya peristiwa HISTERIA besaran di salah sebuah sekolah di Sarawak. SUBHANALLAH! Hanya Allah yang tahu kecohnya sekolah tersebut. Ramai yang berteriak sana-sini bagai berada dalam "Fun Fair".
Alhamdulillah sekarang keadaan sudah reda. Kejadian ini boleh dijadikan pengajaran buat hamba Allah yang hina ini. 
Kuatkan semangat walau dimana berada. JANGAN LEMAH SEMANGAT. Paling utama adalah SOLAT. Solat lah benteng dalam hidup kita. Solat adalah tiang agama. Aurat harus dijaga dengan sempurna. 
Fikirkanlah, perkara duniawi terlalu senang kita patuhi dan lakukan tetapi perkara akhirat begitu sukar dan berat hendak lakukan.

Allah berfirman bermaksud: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(Surah al-Anbiya, ayat 35)
Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita
Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.
Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdirnya.
Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.
Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya
Dan ingatlah, andaikata kita diduga, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika ditimpa dugaan?
Demikianlah, mereka yang tinggi nilai taqwa dan keimananya, tidak mengeluh apabila ditimpa dugaan. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila ditimpa dugaan kita mudah sangka buruk dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan dugaan kepada kita.
Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak lihati kita, ditimpa dugaan  menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita ditimpa dugaan itu….

Wallahu'alam....





2 comments:

ismi nurash berkata...

subhanallah..slh satu cara Allah tunjukkan kasih sygnya ialah melalui ujian yang diberikan.. :)

Tanpa Nama berkata...

so belajarlah menjaga kebersihan supaya perkara sedemikian tidak berlaku lagi.

 

Template by Web Hosting Reviews

SEMUANYA MILIK MR.MRS DEBO@2014
Tiny Kaoani