AWAS! Virus Gangnam Style. Cepat Betul Merebak..


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



“Argghh! Please, jangan berani-berani 


tengok Gangnam Style!”

Ya. Itulah yang terlintas di hati ketika pertama kali melihat Oppa Gangnam Style yang semakin femes sekarang ini. Pada mulanya, buat endah tak endah. Buat-buat tidak tahu. Sebab namapun pelik. Tapi, bila ramai orang selalu sebut pasal ni, stiap kali online ada saja yang borak-borak pasal ni, maka mulalah jari ini gatal-gatal mengklik perkataan Gangnam Style dalam peti yang disediakan oleh uncle google.

Yeaahh. Terus masuk ke YouTube.
Taarraaaaaaaaaaaaa.. haa ambek kau!


“Ohhhhh! Ini rupanya. Eysh, geli. 

Apa yang special? mengapa diikut trend yang gila-gila ini?”


Rasa menyampah? Satu lagi elemen perosak datang menerjah. 
“Hmm.. habislah aku dan kawan-kawanku.”

Kepada sahabat-sahabat yang belum pernah melihat aksi gangnam style ini, saya nasihatkan janganlah tengok. Jangan tengok. Bahaya! (hurm.. kalau larang macam ni, kompem ramai yang akan tengok jugak. Biasalah.. Remaja ‘Ingin tahu’..)

“Bahaya? Mengapa pulak?”

Yups. Seriously bahaya! Apabila anda melihatnya, Virus OppaGangnamStyle (OGS) akan menyerang diri anda. Virus itu sangat licik dan kuat! Kalah Virus Trojan! Saat mata-melihat & telinga-mendengar bergabung menghayati aksi OGS yang ditunjukkan, tangan anda akan mula bergerak-gerak, bersatu dan dihayun-hayun. Kaki pula akan terkangkang, terjingkit-jingkit. Terkedek-kedek macam itik. Gayapun lucah. Meloyakan. Huuuhh.. sekejap saja, terus berjangkit!

Kalau anda berjaya untuk mengelak daripada virus itu sekalipun, saya percaya selingan lagu yang rancak itu pasti akan menyelinap masuk ke dalam memori otak anda. Beberapa lirik yang entah-apa-maksudnya akan dihafal secara tiba-tiba. Mulut juga akan tergerak untuk menyanyi secara tiba-tiba. Sama-sama menyebut “Oppa Gangnam Style!” seiring mengikut rentak.

Hebatkan virus OGS? Maka.. janganlah tengok.

Kalau berdegil sangat, mahu tengok juga, maka saya nasihatkan sebelum melihat aksi gila-gila itu, mohonlah perlindungan Allah SWT daripada Syaitan yang direjam dengan membaca Ta’awuz berulang-ulang kali.

"Aku berlindung pada Allah daripada syaitan yang direjam."

Diharapkan semoga ayat yang dihayati itu (Bukan sekadar sebut di bibir) mampu menjadi protector untuk melawan virus OGS tersebut. 

Kemudian, apabila melihatnya.. lihatlah dengan pandangan hati. Jangan lihat dengan pandangan nafsu. Beristighfarlah banyak-banyak. Mohon keampunan daripada Allah. Pastikan kita termasuk dalam golongan yang mengatakan;
“Ini akhlak buruk! Tidak boleh dicontohi! 

Rasulullah tidak pernah ajarpun!”

*kepada yang sudah terlanjur terikut-ikut, jangan terasa ya.. memang burukpun.. ^^

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Begitulah. Mahu tidak mahu, kebenaran wajib ditegakkan! Pahit? memang pahit. Kepahitan yang terpaksa ditelan ini diharapkan mampu menjadi penawar untuk penyakit yang semakin menular dalam kalangan masyarakat ketika ini. Terutamanya golongan remaja. Mudah saja virus-virus yang merosakkan akhlak masuk ke dalam darah anak muda masa kini.

Perhatikanlah di sekeliling kita. Budaya-budaya yang menjatuhkan moral sudah mula diikuti oleh golongan remaja. Trend-trend yang pelik-pelik mula diminati. Penampilan diri yang luar biasa pelik juga mula digayakan dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki. Paling teruk, gaya hidup islam dikatakan kuno. Tidak moden. Semakin dipinggirkan. Aduh..

Akhlak diri pula, semakin hari semakin jauh daripada nilai-nilai islam.

Semuanya kerana apa? Kerana ramai remaja telah jatuh sakit. Terkena virus-virus N&S (Nafsu&Syaitan).

Kepada remaja-remaja diluar sana termasuk diri saya, periksalah kesihatan akhlak kita sekarang.

Ketahuilah bahawa Virus-virus N&S dan yang sewaktu dengannya sedang menular ketika ini. Merebak. Merebak. Dan terus merebak tanpa henti. Bukti yang paling jelas, tepat dan terkini ialah Virus OppaGangnamStyle. Apabila kita lihat YouTube, bilangan orang yang menyaksikan Gangnam Style sudah mencecah lebih 100 juta. Tengok? Banyak tuuu.. kalau anda share dgn kawan-kawan, bertambah teruklah jadinya. Akan ramailah kawan-kawan yang akan jadi mangsa.

*Kalau anda sayangkan diri, family, kawan, jiran & semua orang, jangan share video tersebut. Setiap share membawa padah. Seriyesly..

Yang paling penting, apabila tertengok video itu, jangan sesekali terdetik di hati mahu melakukan aksi yang sama. Jangan berani-berani menggenggam tangan anda. Pastikan sentiasa terbuka. Jaga kaki anda betul-betul. Jangan biarkan terkangkang tanpa disedari. Ini amaran awal!




Jika tersilap langkah, konfem virus itu akan menyerang tanpa henti. Tabiat anda selaku manusia normal akan berubah. Tidak lagi normal. Anda akan menari dengan tangan-digenggam-dihayun-hayun-ke-hadapan-sambil-menyebut-OppaGangnamStyle. Lebih-lebih lagi kalau ada rakan yang menyokong dan melakukan gaya yang sama, maka aksi anda menjadi jauh lebih meletop. Kadang-kadang beruk dan monyetpun jeles sebab tak pandai buat macam  anda. Hehee..

Begitulah kehebatan virus OGS apabila berjaya menarik nafsu manusia. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam kelompok yang cepat terpengaruh dan dicemburui oleh beruk-beruk di luar sana.

Sebelum virus-virus N&S yang lain datang menyerang, persiapkanlah diri dengan antivirus yang kuat.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apa antivirus yang kuat dan berkesan?

“IMAN”

Ya. Keimanan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Itulah antivirus yang paling berkesan. Tidak ada yang lain. Walau sebanyak manapun virus yang datang, walau sekuat manapun virus yang menyerang, “IMAN” akan menjadi antivirus terbaeek untuk melawan. Kemenangan akan berpihak kepada mereka yang beriman.

Orang-orang beriman sahaja yang mampu memiliki sistem pertahanan diri yang mantop! Buktinya, mereka tidak mudah terpengaruh dengan sebarang perkara yang merosakkan. Apa-apa aktiviti yang tidak bermanfaat lagi sia-sia terus ditinggalkan. Benda lagho dibuang ke tepi. Tidak dilayan.

“Biar betul?”
Ya. Betul. Allah SWT sendiri mendedahkan rahsia ini. 

            "Sesungguhnya menanglah (berjayalah) 
orang-orang yang beriman."
[23:1] 

“dan (iaitu) orang-orang yang menjauhkan diri daripada benda lagho 
(perbuatan dan perkataan) yang sia-sia (tidak berfeaedah).” 
[23:3]



Nampak kaitannya disitu? Jelas bukan?

OGS adalah amalan yang jelas-jelas merosakkan akhlak. Malah langsung tidak bermanfaat. Sia-sia. Maka orang-orang yang beriman pasti akan menjauhkan diri daripadanya. Sebaliknya, orang-orang yang tidak ada antivirus IMAN yang mantap dan terbaik dari ladang, pasti akan sanggup mengikuti dan menyokong OGS tersebut.


“Apa bukti antivirus IMAN itu sudah ada dalam diri?”

Mudah saja. Apabila antivirus iman sudah dimasukkan ke dalam diri, perasaan aneh akan muncul serta merta. Otak, jantung, paru-paru, hati, tulang belakang dan seluruh anggota badan akan mula merasakan sesuatu yang sangat luar biasa. Apa yang dirasa?

“ketenangan”. 

Ya, ketenangan yang terhasil melalui antivirus Iman yang membuahkan rasa cinta kepada Allah. Apabila diri sudah jatuh cinta dengan Allah, segala-galanya sanggup dilakukan. Demi cintaNya.. apa yang Allah suruh, bersungguh-sungguh dikerjakan. Apa yang Allah larang, bersungguh-sungguh ditinggalkan. Itulah ketenangan yang betul-betul membahagiakan. Apabila Allah datangkan ujian, diri akan mampu menempuhnya dengan sabar dan syukur.

Berbalik pada OGS tadi, kemunculan gaya gila-gila OGS merupakan ujian buat kita semua. Sama ada kita kalah lalu terikut-ikut atau kita menang lalu terselamat, semuanya bergantung kepada antivirus IMAN. Bagi orang-orang yang beriman, ujian ini merupakan perkara biasa dalam hidup mereka. Mereka tahu bahawa bahawa kekuatan cinta mereka terhadap Tuhan mereka sedang diuji.

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
 وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِم فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. [29:2-3]

Oleh sebab itu, apabila ujian virus OGS datang, mentah-mentah orang beriman akan menolaknya dan mengiktiraf bahawa gaya ini bukan gaya yang disukai Allah. Bukan gaya yang patut dicontohi. Kerana mereka sudah yakin bahawa akhlak yang terbaeek untuk diteladani adalah akhlak rasulullah SAW.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah.” [33:21]

Sama-samalah kita pelajari dan mengamalkan akhlak yang ditunjukkan oleh rasulullah SAW sepertimana yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah baginda. Mudah-mudahn kita termasuk dalam golongan
yang mencintai peribadi baginda SAW. Bukan mencintai budaya dan cara hidup yang selainnya. Kerana di akhirat kelak kita akan bersama dengan orang-orang yang kita contohi dan sayangi.

Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dikira daripada kaum tersebut.” 

(riwayat Abu Daud, no: 4031, al-Tabraniy di dalam al-Awsath).


Rasulullah SAW bersabda lagi;
“Seseorang itu akan bersama orang yang cintainya di akhirat kelak.”

 (riwayat Imam al-Bukhari)


Jelas bukan? Ya.. cukup jelas.

Mahu ikut Rasulullah atau GangnamStyle? Atau Korea-korea? Atau selainnya?

Pilihan di tangan anda.

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman;


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesebuah kaum itu selagi mana mereka tidak mengubah keadaan mereka sendiri.”  ( al-Ra’d: 11)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
~Akhiratkan kehidupanmu untuk Rahmat Allah!!~

Kepada semua sahabat yang sudi membaca artikel ringkas ini, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar diri kita sentiasa diberi kekuatan & petunjuk untuk mengamalkan apa-apa yang kita sampaikan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk tindakan iman.. ^^

Andai ada yang hendak ditegur, tegurlah.. jangan tangguh-tangguh, agar diri ini dapat dikoreksi. Andai ada yang ingin ditambah, silakan memberi pandangan. Tunjuk ajar daripada sahabat-sahabat semua amat diperlukan oleh diri yang lebih banyak mengatakan 'tidak tahu' ini. ^^

4 comments:

ismi nurash berkata...

astarghfirullahalazim..cepat je merebak..skrg ni pn dh ada oppa kl style..

Adawiyah Batrisyia berkata...

tu la . .dunia2 . Allah! Allah !

ain soofiyah berkata...

ap yg bgusnye.. soofiyah tgk lgi nyampah ade lah..^_^

Adawiyah Batrisyia berkata...

btul3 .. teramat menyampah -.-

 

Template by Web Hosting Reviews

SEMUANYA MILIK MR.MRS DEBO@2014
Tiny Kaoani