Malam Lailatulqadar




Alhamdulillah ! Semalam telah tiba melam yang dinantikan. "Eh, malam ape lak semalam?" Malam LailatulQadar sayang. Malam yang dikatakan malam yang terindah dari 1000 malam  yang lain. SUBHANALLAH !

Tau tak apa yang ada pada malam LailatulQadar? Haa. Meh sini ana bagitau. Tegur ye kalau ada salah silap.

  • Pada malam Lailatul Qadar , Al-Quran diturunkan pertama kalinya. "Ye ke? Tak caye lah" . Ada bukti nya. Firman Allah SWT :
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْر

"Kami telah menurunkan Al-Qur'an ini pada malam ‘Lailatul Qadar’."(Al-Qadr: 1).

  • Beribadah pada malam Lailatul Qadar lebih baik dari pada beribadah seribu bulan yang di dalamnya tidak terdapat Lailatul Qadar. Betul. Tengok ni dalil ni pulak: 
يْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْر

"Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan." (Al-Qadr: 3).

Jap jap. "Para ulama berlainan pendapat tentang maksud ayat di atas, akan tetapi majoriti para ulama mengatakan bahawa amalan pada malam Lailatul Qadar ini lebih baik dari amalam seribu malam."
SUBHANALLAH ! Indahnya. 

  • Para Malaikat bersama malaikat Jibril turun pada malam tersebut dengan membawa rahmat dan berkat. Sebagaimana firman Allah SWT:
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ

"Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan." (Al-Qadar: 4).


Rugi lah orang yang tak beribadat pada malam yang tersangat indah. Berusahalah untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar. Kalau dah Rasulullah berusaha nak dapatkan malam Lailatul Qadar , kenapa kita tidak? Kan ~ Fikir-fikirlah :)




p/s : Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan diberkati Allah. Semoga jugak Allah hapuskan dosa-dosa kita sebelumnya. InsyaAllah. 

Alhamdulillah ! Selesai buat post usrah ke-2 ^_^
~SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK ~

1 comments:

ain soofiyah berkata...

subhanallah.. terime kasih

 

Template by Web Hosting Reviews

SEMUANYA MILIK MR.MRS DEBO@2014
Tiny Kaoani