How about my feelings ?

Alhamdulillah. Bulan Ramadhan telah pun berlalu. Tibanya bulan Syawal. Bulan kemenangan. Masih belum terlambatkan untuk ana ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf zahir batin. Taqabbalallahu waminna wa minkum.
Mesti ramai yang seronok. Bermaafan dengan keluarga, sahabat. Alhamdulillah. Maaf tu ikhlaskan hati ye. jangan pulak hanya sekadar di mulut. And, jangan pulak lepas bermaafan tak sampai 5 minit buat salah lagi. Hehe. Tak semua yang gembira. Pasti ada yang sedih. Tak pe. Kuatkan semangat.
Kalau ana pulak, ape perasaan ana ek? Hmm, perasaan gembira tak datang la. Entah ke mana la pergi perasaan gembira tu ye. Yang menemani setiap masa hanya perasaan sedih. Air mata sentiasa ada. Allah Allah! Engkau Maha Mengetahui.
Pelikkan. Orang lain suka ria. Ana sedih2. Aduh! Tak best la macam ni. :( Tapi, nak buat macam mana kan. Ana sedih bukan ape. Ana sedih, ana rindukan Allah, rindukan Rasulullah s.a.w.. Allahurabbi :'( ! 

Malam Lailatulqadar




Alhamdulillah ! Semalam telah tiba melam yang dinantikan. "Eh, malam ape lak semalam?" Malam LailatulQadar sayang. Malam yang dikatakan malam yang terindah dari 1000 malam  yang lain. SUBHANALLAH !

Tau tak apa yang ada pada malam LailatulQadar? Haa. Meh sini ana bagitau. Tegur ye kalau ada salah silap.

  • Pada malam Lailatul Qadar , Al-Quran diturunkan pertama kalinya. "Ye ke? Tak caye lah" . Ada bukti nya. Firman Allah SWT :
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْر

"Kami telah menurunkan Al-Qur'an ini pada malam ‘Lailatul Qadar’."(Al-Qadr: 1).

  • Beribadah pada malam Lailatul Qadar lebih baik dari pada beribadah seribu bulan yang di dalamnya tidak terdapat Lailatul Qadar. Betul. Tengok ni dalil ni pulak: 
يْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْر

"Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan." (Al-Qadr: 3).

Jap jap. "Para ulama berlainan pendapat tentang maksud ayat di atas, akan tetapi majoriti para ulama mengatakan bahawa amalan pada malam Lailatul Qadar ini lebih baik dari amalam seribu malam."
SUBHANALLAH ! Indahnya. 

  • Para Malaikat bersama malaikat Jibril turun pada malam tersebut dengan membawa rahmat dan berkat. Sebagaimana firman Allah SWT:
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ

"Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan." (Al-Qadar: 4).


Rugi lah orang yang tak beribadat pada malam yang tersangat indah. Berusahalah untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar. Kalau dah Rasulullah berusaha nak dapatkan malam Lailatul Qadar , kenapa kita tidak? Kan ~ Fikir-fikirlah :)




p/s : Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan diberkati Allah. Semoga jugak Allah hapuskan dosa-dosa kita sebelumnya. InsyaAllah. 

Alhamdulillah ! Selesai buat post usrah ke-2 ^_^
~SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK ~

Hukum Lukis Inai Pada Tangan Bagi Wanita


Hukum Lukis Inai Pada Tangan Bagi Wanita


HUKUM INAI LUKIS DI TANGAN”

Ada seorang pengunjung bertanyakan tentang hukum ini, kerana beliau akan mendirikan perkhawinan dan berhajat utk memakai inai berlukis di tangan.
Mari bersama kita baca dan ambil tahu tentang hukum inai lukis di tangan ala-ala tatu..masyaAllah


INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.
Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

Dari Ibnu Umar ra katanya:
“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :
“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :
“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”
Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.
wallahu’alam.

* Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur . – Edisikini

Buat Dirimu Yang Bakal Menjadi Suamiku


buat dirimu yang bakal menjadi suamiku


“Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana..Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.. Bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..
Tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku perlukan.. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu..
Andainya kamu adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan kelak.. Bahagia itu pasti menjadi milik kita, itu janji Allah..
Aku sayang kamu kerana Allah…”
Sesungguhnya tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu.
 

Template by Web Hosting Reviews

SEMUANYA MILIK MR.MRS DEBO@2014
Tiny Kaoani