Bilal Bin Rabah (Pengumandang Seruan Langit)








Bilal bin Rabah lahir di daerah as-Sarah yang terletak di pinggir Kota Mekah,43 tahun sebelu hijrah,Ayahnya bernama Rabah,ibunya bernama Hamamah,seorang wanita berkulit hitam.kerana itu ada yang memanggil Bilal dengan gelaran Ibnus Sauda' atau putera wanita hitam.

Bilal dibesarkan di kota Mekah sebagai seorang hamba milik keluarga Bani Abdul Dar.Selepas ayahnya meninggal dunia,Bilal diserahkan kepada Umayyah bin khalaf,seorang tokoh penting kaum Quraisy

Bilal termasuk dalam kalangan mereka yang awal memeluk Islam,Apabila Umayyah mendapat tahu,dia menyeksa Bilal tanpa belas kasihan supaya kembali ke agama asal serta menjadi pengajaran kepada yang lain,Namun,Bilal enggan tunduk dengan kehendak Umayyah.

Bilal bin Rabah diseksa oleh Umayyah tanpa henti,Mula-mula dia dipukul.kemudian diarak keliling kota Mekah.kerana Bilal masih berdegil,dia di jemur di atas pasir tanpa diberi makan dan minum.Ketika matahari tegak di atas kepala,dan padang pasir panas membara,Bilal dipakaikan baju besi lalu dibiarkan berjemur di bawah terik cahaya matahari.Tidak cukup dengan itu,Bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih dengan batu,Namun iman Bilal tetap teguh menghadapi penyeksaan itu.Umayyah memaksa Bilal menyebut nama al-Latta dan al-Uzza tetapi mulut Bilal hanya menyebut ALLAH...ALLAH...ALLAH..

Seksaan pada Bilal itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq,lalu membelinya daripada Umayyah dengan harga sembilan Uqiyah emas.Menurut Umayyah ,jika Abu Bakar membelinya dengan satu Uqiyah emas pun dia akan menjual hambanya itu.Menurut Abu Bakar pula,jika Umayyah menjualnya dengan harga 100 Uqiyah emas pun dia sanggup membelinya.

Apabila Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam diberitahu mengenai perkara itu ,Nabi memuji Abu Bakar As-Siddiq dengan berkata : " Sekiranya begitu,biarkan aku berkongsi dengan mu bagi membayarnya,wahai Abu Bakar"

"Wahai Rasulullah,saya sudah pun membayarnya kepada Umayyah dan sudah memerdekakan Bilal" Kata Abu Bakar as-Siddiq.

Bilal bin Rabah pernah hidup pada tiga zaman,iaitu zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam,zaman Nabi Muhammad pembawa risalah Allah dan zaman khalifah ar-Rasyidin iaitu pada zaman pemerintahan Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab.

Pada zaman jahiliah,Bilal menjadi hamba kepada Umayyah.pada zaman Rasulullah pula beliau dilantik menjadi tukang azan,Beliau juga turut serta dalam semua peperangan yang disertai Rasulullah.

Sesudah Nabi Muhammad wafat.Bilal merasakan satu kehilangan dalam kehidupannya.kerana berasa sangat sedih,beliau tidak mampu menyebut Nama Muhammad dalam sebutan azan yang dilaungkannya,Akhirnya Bilal tidak sanggup lagi menjadi tukang azan.

semasa Bilal bin Rabah mengerjakan ibadat haji,penduduk Mekah meminta beliau menetap di kota Mekah dan menjadi tukang azan di Masjidil Haram,Tetapi Bilal menolak.

Apabila pulang ke Madinah,Ali bin Abi Thalib memujuk Bilal supaya tinggal di Madinah dan meneruskan semula khidmatnya sebagai tukang azan di Masjid Nabi,tetapi Bilal sekali lagi menolak.Kemudian Khalifah Umar al-Khattab sendiri yang memujuk Bilal,namun tetap tidak berjaya,kerana tidak sanggup berada di Madinah,Bilal membawa isterinya berpindah keSyam

Penduduk Syam juga meminta Bilal menjadi tukang azan,tetapi Bilal enggan hingga mereka marah pada Bilal,Akhirnya Bilal membawa isterinya ke Damsyik.

Bilal bin Rabah meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 Hijrah iaitu pada 641 Masihi dan dikebumikan di Damsyik.ketika itu beliau berumur 63 tahun...

Al-Fatihah buat Bilal bin Rabah...nama nya terus disebut hingga ke harini...Allahu akbar!




0 comments:

 

Template by Web Hosting Reviews

SEMUANYA MILIK MR.MRS DEBO@2014
Tiny Kaoani