Penghijrahan Seorang Muslimah Kecil



Assalamu'alaikum Warrahmatullah




HIJRAH. Alhamdulillah. Bila tengok ramai yang berhijrah sekarang. Semoga saudara seislam di luar sana diberkati Allah dan terus berhijrah di jalan Allah. 

Bila cakap pasal HIJRAH ni, ana sendiri pun sedang berhijrah. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit ana berubah dari segi kelakuan, perangai, penampilan, percakapan dan sebagainya. 


Nak berubah bukannya senang macam petik jari terus keluar bunyi. Berubah perlu iman yang kuat. Tapi kan, kenapa ek, kalau seseorang tu dah berubah, betul dah berubah, kawan-kawan sekeliling mesti cakap "eh, dah jadi ustazah pulak." kalau tak pun "alahai, alim dah kau ni ek." . 

Jangan pedulikan apa kata orang. Pekakkan telinga lebih elok. Tak kisahla dia orang tak suka. Yang penting Allah suka. Tak ada yang menghalang kita nak berubah ke arah yang lebih baik. kita berubah kerana Allah. Jangan pulak niatkan penghijrahan kita sekadar suka-suka je.

Alhamdulillah, sekarang ana lebih dapat mengenali diri ana sendiri. Ana ingin memperbaiki kesalahan yang pernah ana buat masa lalu. Jadikan masa lalu sebagai pengajaran.

Semoga penghijrahan ana diberkati dan diterima Allah Azza Wa Jalla. Aamiin. Sahabat-sahabat yang membaca blog ana, doakan ana. :)



0 comments:

 

Template by Web Hosting Reviews

SEMUANYA MILIK MR.MRS DEBO@2014
Tiny Kaoani