Kelebihan Lafaz BISMILLAH


Assalamu'alaikum Warrahmatullah
Bismillahirrohmannirrohim 





' Bismillahir rahmaanir rahiim ' bermaksud ' Dengan nama Allah Ynag Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.' Biarpun lafaz ini bacaannya ringkas , tetapi ia mempunyai banyak kelebihan . Antara kelebihannya ialah :

  • Ia adalah lafaz pertama dibaca dan ditulis sebelum memulakan sesuatu
  • Bismillah mempunyai 19 huruf . Begitu juga dengan malaikat penjaga neraka yang mempunyai jumlah yang sama . Ibnu Mas'ud berkata : "Sesiapa yang ingin diselamatkan oleh Allah daripada malaikat penjaga neraka maka bacalah Bismillah 19 kali setiap hari."
  • Sesiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid , maka bacalah Bismillah setiap memulakan sesuatu [erkara yang baik.
  • Sebuah hadis Qudsi ada menyebut bahawa, "Bismillah adalah untukmu dan umatmu , suruhlah mereka membacanya apabila memohon sesuatu dengan-Ku . Aku tidak akan meninggalkannya walau seketika sejak lafaz ini diturunkan kepada Adam."
  • Sesiapa yang memuliakan tulisan Bismillah nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
  • Sesiapa yang membaca Bismillah maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
  • Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur , maka akan terpelihara daripada gangguan syaitan , kecurian dan kebakaran , mati secara tiba-tiba dan bala.
  • Demi Allah dan keagungan-NYA , tidaklah Bismillah itu dibacakan kepada orang sakit selain menjadikan ubat untuknya dan tidaklah ia dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah memberikan berkat ke atasnya.
  • Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim , akan menaikkan semangat dan keberanian orang yang membacanya , manakala orang yang zalim itu akan ketakutan
Wallahu'alam
~ Wassalam ~

0 comments:

 

Template by Web Hosting Reviews

SEMUANYA MILIK MR.MRS DEBO@2014
Tiny Kaoani