Muhasabah Diri : Masa Silam yang Kelam




Assalamualaikum Warrahmatullah ^^ !








Bumi mana tidak ditimpa hujan . Manusia mana yang tidak pernah berdosa . Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam , kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa .  

Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat , pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan daripada Ilahi . Jika dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia , berpatah baliklah . Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara . Jika zaman jahiliah akal terasa kosong daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah , binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu al-Quran dan hadis . 

Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini mampu kita lunturkan dan padamkan secara bertahap . Biar merangkak , biar bertatih asalkan langkah menuju Ilahi sentiasa maju ke hadapan . Moga dengan itu , kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi . InsyaAllah :)


# Lailahaillallah muhammadur rasulullah ^^ !
 








0 comments:

 

Template by Web Hosting Reviews

SEMUANYA MILIK MR.MRS DEBO@2014
Tiny Kaoani