Apabila KUBUR Berbicara



Assalamu'alaikum Warrahmatullah ^^ !

Gambar hiasan

Setiap yang hidup pasti akan mati . Itulah hakikat makhluk ciptaan Allah yang fana . Kita seterusnya akan tinggal ke alam barzakh , sebelum berhimpun di akhirat . Begitulah iktikad akhli sunah wal jamaah . 

Dalam hadis riwayat Imam Al-Tirmizi , Rasulullah s.a.w. bersabda , " Sesunggugnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat , maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya , maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi , dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya) , maka yang akan datang akan sesudahnya akan lebih sukar . "

Secara tidak langsung hadis ini memberitahu kita bahawa jika kita terlepas daripada seksaan kubur , kemungkinan kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak adalah lebih mudah . Atas kesedaran itu , beramallah dengan amaln-amalan yang baik agar kubur menjadi tempat yang selamat bagi kita.

Abu Laits as-Samarqandi pula berkata , kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur, dia hendaklah melakukan empat perkara iaitu :

  • Menjaga solatnya . 
  • Bersedekah . 
  • Membaca al-Quran 
  • Memperbanyakkan tasbih kerana ia dapat menerangi kubur dan melapangkan kubur.
Manakala empat perkara yang harus dijauhi ialah :

  • Berdusta
  • Khianat
  • Mengadu domba
  • Kencing sambil berdiri
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud , " Bersucilah kamu dari semua kencing kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur berpunca darinya . "

Tidak ada siapa pun yang terlepas dari seksa kubur sama ada raja , pembesar negara , alim ulama , hartawan atau si miskin , kecuali mereka yang beramal soleh . 


# Lailahaillallah muhammadur rasulullah ^^ !



Dipetik dari majalah Iman
Panduan Hidup Umat Islam


0 comments:

 

Template by Web Hosting Reviews

SEMUANYA MILIK MR.MRS DEBO@2014
Tiny Kaoani