Apabila KUBUR Berbicara



Assalamu'alaikum Warrahmatullah ^^ !

Gambar hiasan

Setiap yang hidup pasti akan mati . Itulah hakikat makhluk ciptaan Allah yang fana . Kita seterusnya akan tinggal ke alam barzakh , sebelum berhimpun di akhirat . Begitulah iktikad akhli sunah wal jamaah . 

Dalam hadis riwayat Imam Al-Tirmizi , Rasulullah s.a.w. bersabda , " Sesunggugnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat , maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya , maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi , dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya) , maka yang akan datang akan sesudahnya akan lebih sukar . "

Secara tidak langsung hadis ini memberitahu kita bahawa jika kita terlepas daripada seksaan kubur , kemungkinan kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak adalah lebih mudah . Atas kesedaran itu , beramallah dengan amaln-amalan yang baik agar kubur menjadi tempat yang selamat bagi kita.

Abu Laits as-Samarqandi pula berkata , kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur, dia hendaklah melakukan empat perkara iaitu :

  • Menjaga solatnya . 
  • Bersedekah . 
  • Membaca al-Quran 
  • Memperbanyakkan tasbih kerana ia dapat menerangi kubur dan melapangkan kubur.
Manakala empat perkara yang harus dijauhi ialah :

  • Berdusta
  • Khianat
  • Mengadu domba
  • Kencing sambil berdiri
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud , " Bersucilah kamu dari semua kencing kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur berpunca darinya . "

Tidak ada siapa pun yang terlepas dari seksa kubur sama ada raja , pembesar negara , alim ulama , hartawan atau si miskin , kecuali mereka yang beramal soleh . 


# Lailahaillallah muhammadur rasulullah ^^ !



Dipetik dari majalah Iman
Panduan Hidup Umat Islam


Muhasabah Diri ke arah Cemerlang


Assalamu'alaikum Warrahmatullah ^^ !





Ada orang Islam yang begitu gigih membaca al Quran, setiap hari melebihi satu juzuk tetapi malangnya dia tidak mengusahakan solat-solat sunat. Dia berasa puas hati dengan amalannya membaca al Quran itu tanpa mengambil tahu aspek-aspek ibadah yang lain. Ada orang yang begitu rajin berwirid, saban hari zikirnya ribuan tetapi dia tidak berdakwah kepada sesiapa. Ada yang solat sunat melebihi dua puluh rakaat dalam sehari semalam, dia berasa puas begitu tapi mengabaikan solat fadhu berjemaah di tempat azan dilaungkan , iaitu di surau ataupun masjid. Ada yang ke sana ke mari berceramah dan mengajar agama tetapi malangnya tidak pula membuat kuliah harian atau minggan untuk anak isteri sendiri. Ada pula yang begitu rajin berjemaah di masjid, tetapi malas mencari ilmu agama melalui jalan membaca, menonton, mendengar, mengarang, mengumpul bahan dan sebagainya.

   

   
Keadaan-keadaan di atas menghasilkan individu yang tidak seimbang. Minda mereka perlu dibuka agar mereka tidak berasa puas hati dengan apa yang mereka usahakan sahaja. Bagi sesetengah orang, mereka memahamkan diri mereka bahawa apa yang mereka usahakan itulah jalan agama yang sebenar. Kalau dia rajin mengerjakan solat sunat melebihi dua puluh rakaat setiap hari, dia akan memandang rendah kepada orang lain yag hanya mampu melakukan enam rakaat sahaja sehari semalam. Maka keluarlah daripada mulutnya nasihat-nasihat agar orang lain mencontohinya. Tetapi dia tidak sedar kemungkinan individu yang dinasihatinya itu mungkin ada melakukan amalan yang lain seperti berdakwah, menghafaz dua puluh minit sehari, membaca bahan agama dua jam sehari, merancang aktiviti-aktiviti agama dan seumpamanya.


Situasi ini tidak berlaku kepada orang awam sahaja, malah kadang-kala berlaku juga kepada mereka yang bergelar ulama. Untuk itu saya telah mencadangkan malah menjalankan satu kaedah muhasabah diri untuk digunakan oleh anak-anak buah dan kegunaan saya sendiri





Untuk bakal pendakwah yang menunjukkan minat untuk terus bersama kita maka mereka hendaklah berusaha untuk mencapai perkara-perkara berikut setiap hari (selain solat fardhu lima waktu):


** solat berjemaah 3 kali (lelaki sahaja), utamakan berjemaah di surau atau masjid
** solat sunat 6 rakaat
** membaca al Quran 1 muka (secara melihat)
** menghafaz atau mengulangkaji hafazan 10 minit
** wirid pagi atau petang, 15 minit setiap sesi (apa saja aurad, kami gunakan al-Ma’thurat)
** qiamullail, sekurang-kurangnya 2 rakaat tahajjud
** berdakwah, sekurang-kurangnya satu perkataan yang bererti, satu SMS dan seumpamanya
** baca bahan agama 20 minit (juga menonton, mendengar, mengarang dsb)
** kurangkan makanan yang boleh memudaratkan
** ikram- membuatkan seseorang berasa seronok walaupun seketika
** bacan-bacaan sebelum tidur
** riadah 20 minit (lelaki)

Perkara-perkara di atas mesti diusahakan setiap hari. Selain itu ada beberapa perkara lain yang tidak setiap hari seperti:


puasa sunat sekali dalam sebulan
mengikuti apa jua majlis agama 3 jam seminggu (lelaki), 1 jam (wanita)

Sekiranya bakal pendakwah itu pelajar sekolah, pelajaran agama di sekolah tidak diambil kira.


10 Amalan Pembuka Rezeki



Assalamu'alaikum Warrahmatullah ^^ !


Setiap orang pasti mengharapkan rezeki yang halal, baik, berkat, dan melimpah ruah. Tentu dengan rezeki tersebut seseorang dapat memenuhi keperluan hidupnya dan untuk mendapatkannya, selain dengan gigih bekerja secara ikhlas, sempurna dan bijak, seseorang harus mengetahui apa saja amalan-amalan yang dapat memudah dan mempercepatkanturunnya rezeki.
Di antara amalan-amalan tersebut adalah:.

1.  Memperbanyakkan Istighfar Dan Bertaubat

Allah SWT berfirman:
“Maka Aku katakan kepada mereka: ’Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-pinak,dan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”
(Surah Nuh [71]: Ayat 10-12).

2.  Meningkatkan Ketakwaan

Firman Allah SWT:
“Sesiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Thalaq [65]: Ayat 2-3)..

3.  Gemar Menyambung Ikatan Silaturahim

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, “Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya,maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

4.  Gemar Mendermakan Harta

Firman Allah SWT;
“Katakanlah: ‘Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”
(Surah Saba’ [34]: Ayat 39)..

5.  Membiasakan Ibadah Dengan Betul

Dalam satu hadis Qudsi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Sesungguhnya Allah berfirman, “Wahai anak Adam, sibukkanlah untuk beribadah kepada-Ku, nescaya akan Aku penuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku tutup kefakiranmu. Jika tidak kamu lakukan nescaya akan Aku penuhi pada kedua tanganmu kesibukan dan tidak Aku tutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad).

6.  Menunaikan Ibadah Haji Dan Umrah

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda,  “Lakukanlah haji dan umrah,kerana keduanya akan menghapus kefakiran dan dosa sepertimana api menghilangkan karat besi,emas dan perak.” (Riwayat Ahmad).

7.  Hijrah Di Jalan Allah (Fisabilillah)

Allah SWT berfirman :
“Sesiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.
(Surah An-Nisa ‘[4]: Ayat 100).

8.  Bertawakal Kepada Allah

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam“Seandainya kalian mahu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, pasti Allah akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana burung yang diberikan rezeki,pagi-pagi dia dalam keadaan lapar dan kembali dalam keadaan kenyang.” (Riwayat Ahmad dan Tirmidzi).

9.  Mengamalkan Solat Dhuha

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, “Sesiapa solat Dhuha enam rakaat, ia akan dicukupi keperluannya hari itu.” (Riwayat Thabrani dan Abu Darda).

10.   Menyara Penuntut Ilmu

Anas bin Malik RA berkata, “Dulu ada dua orang bersaudara pada masa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Salah seorang menuntut ilmu pada majlis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sementara yang seorang lagi, bekerja. Lalu saudaranya yang bekerja itu mengadu kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam (lantaran ia memberi nafkah kepada saudaranya itu). Maka Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Mudah-mudahan engkau dimurahkan rezeki dengan sebab dia.” (Riwayat Tirmidzi).


copyright@wanwma.com 

# Lailahaillallah muhammadur rasulullah ^^ !



Check-Point Hidup Manusia



Assalamu'alaikum Warrahmatullah ^^ !



Banyak kepahitan yang perlu ditempuh oleh orang Mukmin untuk menempah syurga selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Syura itu dipagaru dngan kesusahan , manakala neraka dipagari dengan keseronokan ." ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )Sahabat-sahabat sekalian , kehidupan kita seperti 'Check-point' . Nak tahu kita sekarang berada di 'check-point' mana ? :)



1) Alam Roh ( check-point pertama )

  • Masih ingat "aku janji" kita dengan Pencipta kita ? Saat Allah berfirman yang bermaksud : "Bukankah Aku ini Tuhanmu?", kita semua menjawab yakin : "Benar (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi. " (Surah al-A'raf  7:172)

2) Alam Rahim (check-point kedua)
  • Inilah tempat yang paling selamat bagi manusia ; di dalam rahim ibunya . Nyawa mula ditiupkan semasa bayi berada dalam kandungan.
3) DUNIA (check-point ketiga)
  • Dunia tidak ubah seperti sebuah "kenderaan" yang membawa kita musafir ke alam akhirat . Isilah musafir ini dengan bekal yang bakal menyelamatkan kita menempuh check-point seterusnya yang jauh lebih mencabar . 
4) Sakaratulmaut (check-point keempat)
  • Jangan sangjka apabila sudah hampir terpisah nyawa dari jasad , ujian dah berakhir . Boleh tahan juga ujian kala sakaratulmaut . Diuji antara iman dan kufur . 
5) Kubur (check-point kelima)
  • Sendirian tidak berteman . Terasing dan sepi . Inilah transit sementara menunggu detik kiamat . Awas , jangan pula mengganggu teman di sebelah dengan teriakan sendiri dek diazab , nauzubillah !
6) Tiupan Sangkakala (check-point keenam)
  •  Tiupan pertama sangkakala akan mematikan semua makhluk kecuali Allah dan malaikat Israfil .
7) Dihidupkan Semula (check-point ketujuh)
  • Tiupan kali kedua akan menghidupkan kembali makhluk yang telah mati . Jangan disangka mayat yang telah hancur dimamah bumi dan tulang-temulang yang bersepah sana sini tidak mampu "dibangkitkan" semula oleh Allah . 
8) Al-Hasyar [manusia dikumpulkan] (check-point kelapan)
  • Sepertimana perhimpunan jemaah haji di padang Arafah pada hari wuquf , begitulah keadaan di padang mahsyar . Disini beberapa checkpoint lagi terpaksa manusia ditempuhi :
  • Syafaat
    : Manusia memohon syafaat daripada para nabi , hingga akhirnya hanya Rasul akhir zaman sahaja yang mampu memberi syafaat .
  • Penyerahan kitab amalan
    : Kiri atau kanan ? Semuanya berdebar-debar menunggu dan menjawab (tanggungjawab) setiap perbuatannya di duna . Segala aktivitinya di dunia akan ditayangkan kembali . 
  • Mizan
    : ini proses "menakar" iman . Segala kebaikan yang dilakukan walau sebesar biji sawi ada sahamnya menerusi neraca ini . Begitu juga amalan keburukan . Inilah kecanggihan mizan ciptaan Allah s.w.t., tiada satu pun amalan yang terlepas daripadanya . 
  • Telaga (al-Haud)
    : Hanya insan terpilih sahaja yang mampu melegakan tekak meneguk air dari Telaga Nabi ini . 
9) Titian Sirat (check-point kesembilan) 
  • Titian yang merentangi neraka jahanam , ketebalannya (baca: kenipisannya) lebih tipis daripada rambut , malah lebih tajam daripada pedang . Inilah satu-satunya jalan menuju syurga . Titian ini lurus , tidak bercabang . Walaupun begitu , orang kafir tetap akan gagal melintasinya . 
10) Destinasi Terakhir (check-point kesepuluh)
  • Syurga
    : Tiada mata yang pernah melihat keindahannya , tiada telinga yang pernah mendengar butiran perinciannya , tiada kata-kata yang mampu mengungkapkan keindahannya , malah tiada lukisan pun yang boleh mentafsirkan keadaannya . 
  • Neraka
    : Inilah seburuk-buruk kediaman . Apinya menjulang-julang marak . Panasnya tidak mampu disukat . 

 *** Hanya sekadar untuk berkongsi . Renungkanlah . . .  Andai saya ada tersalah informasi , sila komen . Kalau ada yang tidak berpuas hati , tolong komen ya :) . . MUHASABAH DIRI ~


# Lailahaillallah muhammadur rasulullah ^^ !


Hinalah Mereka yang Bertudung Labuh !


Assalamualaikum Warrahmatullah ^^ !

Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!
Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!

Hinalah mereka!,
Hinalah mereka yang bertudung labuh!,
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna,
Hinalah mereka Hamba Allah yang patuh!.

Hinalah mereka!,
Bertudung labuh hipokrit!,
Bertudung labuh hodoh!,
Bertudung labuh ketinggalan zaman!.

Herdiklah mereka!,
Hanya kerana mereka tunduk patuh kepada suruhan Allah!,
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri!,
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna.

Cacilah mereka,
Kerap kali tuduhan fitnah terus dicurahkan!,
Hanya kerana si dia bermaksiat, habis semuanya dikatakan sama!.
Stereotapsi sana sini!,
Teruskanlah!, mereka hanya ikhlas kerana Allah!.

Mereka sanggup!, sanggup berpanasan!,
Dikala teriknya matahari!,
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram!.
Memikirkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya!.

Perlilah mereka!,
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk ke’aliman!,
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik,
Tetapi dusta menjadi tafsiran!.

Satu demi satu tuduhan, hinaan, cacian saat mereka melangkah,
Mengumpat, memfitnah, mencela,
Dimanakah pergi erti kemanusiaan?
Atau lantangnya suara memekikan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar?!,
Saat si dia melutut pada Allah, dikatakan lagak bagus!.

Dunia, dunia kini penuh dengan penipuan, kesombongan manusia!.
Kata-kata manis terus diekpresikan seindah bunyi siulan burung,
Tetapi realitinya busuk dan kotor,
Prioritinya dunia bukannya si Dia.

Hai mereka yang bertudung labuh,
Jagalah akhlak mu! jangan kerana engkau seorang habis punah mereka yang lain,
Janganlah engkau menganggap diri itu sempurna, luruskan niat mu!,
kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada SuruhanNya.

Hai mereka yang bertudung labuh!
Islam itu datangnya asing!,
Kembalinya pun asing!,
Beruntunglah kau saat kau diasingkan!,
kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga!

Hai yang bertudung labuh,
Janganlah bersedih!. Janganlah berduka!.
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa!,
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda,
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia!.
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji....


copyright @ http://hanyapadailahi.blogspot.com

# Lailahaillallah muhammadur rasulullah ^^ ! 


 




 

Muhasabah Diri : Masa Silam yang Kelam




Assalamualaikum Warrahmatullah ^^ !








Bumi mana tidak ditimpa hujan . Manusia mana yang tidak pernah berdosa . Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam , kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa .  

Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat , pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan daripada Ilahi . Jika dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia , berpatah baliklah . Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara . Jika zaman jahiliah akal terasa kosong daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah , binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu al-Quran dan hadis . 

Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini mampu kita lunturkan dan padamkan secara bertahap . Biar merangkak , biar bertatih asalkan langkah menuju Ilahi sentiasa maju ke hadapan . Moga dengan itu , kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi . InsyaAllah :)


# Lailahaillallah muhammadur rasulullah ^^ !
 








Info : Hikmah Membaca Al-Quran


Assalamualaikum Warrahmatullah ^^ !




Membaca Al-Qur’an mendatangkan rahmat dari Allah Ta’ala. ”Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitabullah dan mendirikan salat serta menafkahkan sebagian rizqinya yang telah kami anugerahkan kepadanya secara diam-diam dan terang-terangan mereka mengharapkan suatu perniagaan yang tiada merugi agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karuniaNya Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha mensyukuri.
Sebagian ulama berpendapat bahwa membaca Al-Qur’an itu lebih utama daripada membaca tasbih tahlil dan dzikir-dzikir lainnya.
Perumpamaan mukmin yang  membaca Al-Qur’an. Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam “Perumpamaan seorang mukmin yang  membaca Al-Qur’an ialah ibarat buah utrujjah baunya harum dan enak rasanya sedangkan perumpamaan orang mukmin yg tidak membaca Al-Qur’an adalah ibarat buah kurma tidak berbau tapi manis rasanya.
Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur’an ialah bagaikan wewangian baunya harum tapi pahit rasanya, sedangkan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur’an adalah bagaikan buah hanzolah tidak berbau lagi pahit rasanya.
Terkait pahala membaca Al-Quran, Rasul Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda “Barangsiapa membaca satu huruf dari Al-Qur’an dihitung untuknya satu kebaikan dan pahala satu kebaikan adalah sepuluh kali lipat.
Aku tidak mengatakan “Aliif laam miim” itu satu huruf melainkan Aliif satu huruf Laam satu huruf dan Miim adalah satu huruf.
Al-Qur’an menentukan tinggi atau rendahnya tempat di surga bagi pembacanya. Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam “Nanti akan dikatakan kepada pembaca Al-Qur’an “Bacalah dan naiklah bacalah ia dengan tartil seperti kamu mentartilkan bacaannya sewaktu di dunia. Sesungguhnya tempatmu itu adalah berdasarkan ayat terakhir yang kamu baca.
Selain itu Al-Qur’an juga akan memberi syafa’at kepada pembacanya besok di akhirat Rasul Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda “Bacalah selalu Al-Qur’an sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti untuk memberi syafa’at kepada para pembacanya”.
Balasan di akhirat bagi orang tua yang anaknya selalu membaca dan mengamalkan Al-Qur’an Rasul Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda “Barangsiapa selalu membaca Al-Qur’an dan mengamalkannya niscaya Allah akan memakaikan mahkota kepada kedua orang tuanya besok di hari kiamat yg mana cahaya mahkota tersebut lbh indah dari cahaya matahari yg menyinari rumah-rumah dunia. Maka apakah gerangan balasan pahala yg akan dianugerahkan kepada orang yg membaca dan mengamalkan Al-Qur’an itu sendiri.
Membaca Al-Qur’an secara kontinyu adalah termasuk dambaan tiap muslim. Oleh karena itu mereka yang tidak sempat atau tidak mampu untuk melakukannya akan merasa iri dengan yang lainnya dan inilah iri hati yang dibenarkan agama. Dalam sebuah hadits shahih Rasul Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda “Tidak diperbolehkan iri hati kecuali terhadap dua hal yakni kepada seseorang yang dianugerahi Allah Al-Qur’an yg selalu ia lakukan siang dan malam dan kepada seseorang yang diberi Allah harta kekayaan yang  selalu menafkahkannya siang dan malam”











Muhasabah diri : Hijrah daripada Maksiat kepada Taat



Assalamualaikum Warrahmatullah 
  
  • Peringkat pertama buat maksiat , hati resah gelisah . Hati tertolak dan terasa amat tidak sesuai dengan fitrah . Terasa wajah dan air muka diconteng arang . Alhamdulillah . 
  • Peringkat kedua terlibat , terasa hati kian jinak dan berkehendak kepada maksiat . Makin akrab walau masih ada rasa malu dan ragu . Bangkai maksiat masih cuba disembunyikan sedaya mampu . Terasa hina andai ada yang mampu menghidu diari hidupnya yang tercalit dosa dan noda . Semoga Allah melimpahkan taufik hidayah-Nya .
  • Peringkat ketiga , maksiat kini terasa kian lazat . Terasa alah bisa tegal biasa . Sudah mula ketagih sehingga sanggup berusaha meneruskan maksiat walau ada halangan . MasyaAllah . 
  • Peringkat akhir , teringin nak ajak orang laun ke arah kemungkaran . Terasa ingin mempromosikan dan mengkomersialkan maksiat . Rasa malu dan iman sudah tercabut dari hati . Nauzubillah ! 

Sebelum sampai kepada peringkat kedua dan seterusnya , jadikan rasa resah sebagai benteng dan tembok agar mampu berhenti terus . Moga taat mengambil alih tempat maksiat , insyaAllah ! Ingat , maut boleh datang bila-bila masa tanpa mengenal usia . Bertaubatlah kepada Allah sebelum ajal menjemput sesungguhnya Allah Maha Pengampun

# LAILAHAILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH ^^ !









JANGAN dalam Islam




Assalamualaikum Warrahmatullah ^^



- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.


ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. 






 

Template by Web Hosting Reviews

SEMUANYA MILIK MR.MRS DEBO@2014
Tiny Kaoani