Al-Fatihah Buat Adik Faris Nur Daniel




Assalamualaikum ^^


Adik Faris Nur Daniel yang menghidap penyakit Kanser Darah telah meninggal dunia pagi tadi . Sungguh sedih . Syurgalah tempat dirinya , Insya-Allah . Allah lebih menyayangi adik Faris . Takziah buat keluarga Adik Faris . Semoga adik Faris dicucuri rahmat .  

Setelah selama 23 hari adik Faris bertarung nyawa untuk hidup akhir nya telah pergi buat selama-lamanya . Sudah tidak dibendung lagi kesedihan ini . Semoga pembaca blog ini dapat mengambil iktibar bahawa setiap yang hidup pasti ada yang mati . 

~ AL - FATIHAH ~


Pertandingan Menulis Esei Anjuran Kolej Antarabangsa Putera Intelek (PIIC)




Assalamualaikum ^^





Pertandingan esei ini bertajuk "10 Perkara yang akan saya lakukan untuk Malaysia kika saya menjadi seorang selebriti "

Wahh ! Nampak macam menarik kan pertandingan ni? =) Eisya nak masuk pertandingan ni. Mana la tau kut-2 layak menang kn. Insya-Allah. Hehe. 

Pertandingan ni PERINGKAT NASIONAL tau. Eisya tak pernah lagi masuk pertandingan macam ni. Ujian esei biasa pernah la. Haha.

So, Eisya cari pengalaman baru. Korang pun try la cuba join jugak. Mana tau rezeki tu ada kat korang? =) TETAPI , pertandingan ni hanya kepada TINGKATAN 4 & 6 je. Hehe.

Eisya masih Tingakatan 4 lagi. Hehe. Haaa~ Bagi sesiapa yang nak join tu, korang leh layari laman web ini >>> KLIK <<<

Atau, boleh tanya dengan cikgu korang kat sekolah bagi sekolah yang turut mengikuti pertandingan ini untuk pihak sekolah korang =)

ALL THE BEST AND WISH ME LUCK !

<3








Info : HARAM Sambut Hari Kekasih (Valentine Day)



Assalamualaikum ^^



Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)



Info : Aurat Kaki Wanita (keringanan yang dibenarkan)




Assalamu'alaikum Warrahmatullah




Seperti mana yang semua orang tahu, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan dalam hadith sahih yang berbunyi:
Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)
Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, “Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)
Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab, 33:59)
Namun kerana pergelangan kaki adalah anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:
  • Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.
  • Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.
  • Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.
  • Darurat.
Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna. Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan? Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini?
Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:
  • Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
  • Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
  • Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.





 

Template by Web Hosting Reviews

SEMUANYA MILIK MR.MRS DEBO@2014
Tiny Kaoani