Info : Sukarkah Jadi Muslimah Moden ?





Assalamualaikum 


Tidak dinafikan Muslimah hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran seiring dengan arus kemodenan yang semakin berkembang. Gaya hidup, Penampilan diri, pergaulan dan sebagainya antara yang berubah kerana masyarakat hari ini jauh lebih bersikap terbuka berbanding dahulu.


Namun, secara peribadi saya berpendapat, walau apa pun tuntutan mahupun cabaran mendatang, perlu bagi kita mempersiapkan diri menghadapinya dengan mempunyai kekuatan dari aspek keimanan dan prinsip sebagai seorang Muslimah. Paling utama ialah menjadikan suatu pekerjaan tu sebagai salah satu kaedah beribadah kepada Allah.


Sebagai seorang yang cukup matang, apatah lagi menjadikan agama sebagai asas utama dalam setiap aspek kehidu[an, pasti dapat menilai kesan baik dan buruk, betul atau salah dalam melakukan sesuatu tindakan itu,

Pendek kata bagi Muslimah kerjaya yang mana baik kepada agama, kehidupan dan peningkatan prestasi kerjaya, kita jadikan amalan dan yang buruk kita jadikan sempadan. Itu adalah terbaik. Jadi soal sukar ataupun tidak menjadi Muslimah moden, hari ini bukan persoalan lagi.


Terpulanglah kepada diri masing-masing untukuntuk menentukan hala tujuan dalam kerjaya dengan menjadikan agama sebagai asas dalam setiap aspek kehidupan.


# Dipetik dari Majalah Nur 


:)















1 comments:

CekbOlat-bOlat berkata...

btul tu ! muslimah yg berjaya tak salah.. ^^

 

Template by Web Hosting Reviews

SEMUANYA MILIK MR.MRS DEBO@2014
Tiny Kaoani