Goodbye 2011 , Welcome 2012 !

Photobucket






Good Pagi ! Rindu ngan blog Eisya. Rindu korang gak :) Before that, apa khabar readers ? I'm not kind of fine. Cause demam sikit. Hehe. Tapi later ok la.

Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun 2012. Tak berasa kan. Rasa cam baru semalam je masuk 2011. Haha!

Sedih la jugak tinggalkan tahun 2011 ni. Banyak kenangan-kenangan manis dan pahit yang dilalui tahun ni. Tapi kadang-kadang kenangan-kenangan tu semua buat kita lebih bersemangat untuk teruskan kehadapan.

Tak lama lagi nak sekolah bermula. Bagi kengkawan yang dah tak sabar2 nak sekolah tu happy school ye. Termasuk Eisya sendiri. hehe

Dah masuk tahun baru tu kena la ada azam baru jugak. Perbaiki kehidupan ke arah yang lebih baik dari yang lepas.

Sebelum tu maaf kan la perangai Eisya yanng x baik dalam tahun ni. Bagi yang kenal Eisya tu keyh :) Jangan di ambil hati sangat.

Kepada yang benci kat Eisya. Kalau nak teruskan benci Eisya tu teruskan. tak kisah. Asal korang tau. Eisya dah lama maafkan korang and Eisya tak pernah berdendam kat korang. Tak pernah pun nak benci kat korang.

Semua kesalah yang korang dah wat tu Eisya maafkan.

Selamat Tahun Baru kepada seluruh rakyat Malaysia !

(jiwa patriotik nyew)

GOODBYE 2011 WELCOME 2012












Info : Sukarkah Jadi Muslimah Moden ?





Assalamualaikum 


Tidak dinafikan Muslimah hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran seiring dengan arus kemodenan yang semakin berkembang. Gaya hidup, Penampilan diri, pergaulan dan sebagainya antara yang berubah kerana masyarakat hari ini jauh lebih bersikap terbuka berbanding dahulu.


Namun, secara peribadi saya berpendapat, walau apa pun tuntutan mahupun cabaran mendatang, perlu bagi kita mempersiapkan diri menghadapinya dengan mempunyai kekuatan dari aspek keimanan dan prinsip sebagai seorang Muslimah. Paling utama ialah menjadikan suatu pekerjaan tu sebagai salah satu kaedah beribadah kepada Allah.


Sebagai seorang yang cukup matang, apatah lagi menjadikan agama sebagai asas utama dalam setiap aspek kehidu[an, pasti dapat menilai kesan baik dan buruk, betul atau salah dalam melakukan sesuatu tindakan itu,

Pendek kata bagi Muslimah kerjaya yang mana baik kepada agama, kehidupan dan peningkatan prestasi kerjaya, kita jadikan amalan dan yang buruk kita jadikan sempadan. Itu adalah terbaik. Jadi soal sukar ataupun tidak menjadi Muslimah moden, hari ini bukan persoalan lagi.


Terpulanglah kepada diri masing-masing untukuntuk menentukan hala tujuan dalam kerjaya dengan menjadikan agama sebagai asas dalam setiap aspek kehidupan.


# Dipetik dari Majalah Nur 


:)















Coretan Untuk Membina Sebuah Kesabaran

6/11/2011





Assalammualaikum


Oh Allah..

Sometimes I long for someone who could understand me knowing that someone would never care .

Sometimes I want to be alone and cry and spill every single things just to myself but there is someone who 

act like knows everything
 .
Sometimes there is something I want too much but I just can't have it
 .
Sometimes there is something that I want run from but it just flew back to me .

Sometimes I want every person know how sad am I even though they will just laugh back at me .

Sometimes I want someone to calm me down, touch my heart and handle it with care .

Oh Allah...

G R A T E F U L .

Yes , I absolutely know that's what I desperately need .

Some grateful and never take things for granted .

Oh Allah..

I feel so weak that I could cry anytime, I could say .

Not knowing what's wrong with me myself makes me silent .

Silent is killing, sometimes . 

But the way I think of it, sometimes it is better to be silent .

I rather choose that .

So do not weaken and do not grieve, and you will be superior if you are [true] believers. (Ali-Imran :: 139)

I need someone's shoulder to pat my head on ! 

I promise I won't cry .

I don't need a shoulder to sleep on .

I just want someone's shoulder to pat my head on and

 think .

I want to close my eyes and deeply feels every single feeling in my heart .

I want someone's shoulder, just to be strong again .

Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allah . Unquestionably, by
 
the remembrance of Allah hearts are assured." (Ar-Ra'd :: 28)

Allah knows ♥

When you carrying a monster load

And you wonder how far you can go

With every step on that road that you take

Allah knows ♥

Allah knows ♥

No matter what, inside or out

There’s one thing of which there’s no doubt

Allah knows ♥

Allah knows ♥

And whatever lies in the heavens and the earth

Every star in this whole universe

Allah knows ♥

Allah knows ♥

When you find that special someone

Feel your whole life has barely begun

You can walk on the moon, shout it to everyone

Allah knows

Allah knows

When you gaze with love in your eyes

Catch a glimpse of paradise

And you see your child take the first breath of life

Allah knows ♥

Allah knows ♥

When you lose someone close to your heart

See your whole world fall apart

And you try to go on but it seems so hard

Allah knows

Allah knows

You see we all have a path to choose

Through the valleys and hills we go

With the ups and the downs, never fret never frown

Allah knows ♥

Allah knows ♥

Every grain of sand,

In every desert land, He knows.

Every shade of palm,

Every closed hand, He knows.

Every sparkling tear,

On every eyelash, He knows.

Every thought I have,

And every word I share, He knows.

Allah knows ♥


I don't want to live my life in isolation and fill with empty decoration .

I want to be with people that I know .

Who will do the thing I do and makes my dream comes true ?

Allah is the answet~ 








Selamat Hari Raya Aidiladha :)

5/11/2011



Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidiladha. Mesti ada yang balik kampung kan? Kalau balik tu hati2 lah ye. Semoga perjalanan korang dirahmati Allah. Insya-Allah. 

Eisya tak balik Kuching. Eisya beraya kat kampung halaman ni je. Setiap kali raya haji, Eisya beraya kat kampung halaman je. Kan raya sehari je. 

So, korang dah buat persiapan ke untuk raya esok (6/11/2011) ? Kalau dah tu bagus lah. Kalau yang belum atau tak tu tak pe. Beraya ala kadar je pun ok gak. Kan?

Haha. Eisya ni pun belum ada persiapan lagi. Baru balik dari Sibu. Beraya ala kadar je. Ok gak. Em. Satu yang Eisya sedih. Eisya tak dapat nak beraya bersama family kandung Esya.

Tak pa lah. Eisya just dapat berdoa je wat mereka. So, Eisya nak out dulu. Semoga di hari mulia esok korang diredhai Allah. 

Amin~ 

Selamat Hari Raya Aidiladha dari Eisya sekeluarga.





AidilAdha Pictures, Images and Photos





Anugerahkanlah Rasa Cinta Dan Takut Pada-Mu

misseisyasweet
30/10/2011


Assalamualaikum



Oh Tuhan, berikanlah sedikit rasa cinta-Mu padaku
Semoga seluruh cintaku untuk-Mu

Oh Tuhan, kurniakanlah sedikit rasa takutkan-Mu
Padaku semoga ku tidak taku selain-Mu

Ya Allah dengan Rahmat-Mu kurniakanlah

Ya Allah, jadikanlah aira mataku diwaktu takut dengan-Mu
Pemadam api neraka-Mu jatuhnya air mataku
Menggugurkan dosa-dosaku

Tuhan kalau bukan dengan rahmat-Mu
Aku tidak akan selamat
Setidaknya jika bukan Rahmat-Mu
Aku tidak aka terlepas dari azab-Mu

Aku lemah bantulah aku
Untuk bermujahadah selalu
Syaitan sering menipu dayaku 
Lindungilah aku darinya




wanita solehah 2 Pictures, Images and Photos




Anugerahkanlah Rasa Cinta Dan Takut Pada-Mu

misseisyasweet
30/10/2011


Assalamualaikum



Oh Tuhan, berikanlah sedikit rasa cinta-Mu padaku
Semoga seluruh cintaku untuk-Mu

Oh Tuhan, kurniakanlah sedikit rasa takutkan-Mu
Padaku semoga ku tidak taku selain-Mu

Ya Allah dengan Rahmat-Mu kurniakanlah

Ya Allah, jadikanlah aira mataku diwaktu takut dengan-Mu
Pemadam api neraka-Mu jatuhnya air mataku
Menggugurkan dosa-dosaku

Tuhan kalau bukan dengan rahmat-Mu
Aku tidak akan selamat
Setidaknya jika bukan Rahmat-Mu
Aku tidak aka terlepas dari azab-Mu

Aku lemah bantulah aku
Untuk bermujahadah selalu
Syaitan sering menipu dayaku 
Lindungilah aku darinya


Sebuah Kisah Yang Sesuai Dibaca Utk Pasangan Yg Sedang Bercinta

misseisayasweet
29/10/2011



Assalamualaikum


Saya suka tengok jari runcing awak. Cantik betul. Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. Tapi
 
takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. Di satu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab

 jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti kena bakar api neraka.

Saya suka tengok body awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa

 awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. 

Saya pun tumpang dapat pahala.

Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya. Saya pun macam tu jugak. Awak tanya 

apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti

 awak sakit saya susah ati bla bla bla bla". Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal 

Zohor. Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak. Nak setia pada awak. Tapi, saya dah tak sanggup nak 

tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat. Nak hidup bahagia

 bersama di dunia dan akhirat terutamanya.


Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita. Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa

 awak lagi lepas ni. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan

 keji. Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya 

Allah..





30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki



misseisyasweet
20/10/2011

بسم الله الرحمن الرحيم 


~Assalamualaikum~



Ni Eisya nak share sikit kat korang. Eisya copy dari group kat facebook.

::
::

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.





Sharing : Tutuplah Auratmu Sebelum Kain Kafan Membaluti Tubuh


misseisyasweet
10/10/2011 

بسم الله الرحمن الرحيم



Saya ingin bercerita mengenai seorang insan, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan Annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi... ... entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh... ... lengan panjang pula tu... saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan... ..saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya... ... ..dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai... hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..

Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri..di situ tertera soaljawab a
ntara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini:

Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "Mak Cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa : Tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak a da masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung... ..pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : Apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung

Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai Nisa..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang Mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung. . . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin

Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua. Wassalam..

 

Template by Web Hosting Reviews

SEMUANYA MILIK MR.MRS DEBO@2014
Tiny Kaoani