Jom Warming Up sebelum Ramadhan tiba

Assalamualaikum Warrahmatullah



Sekarang bulan Syaaban...






Ramadhan sedang menunggu giliran dan sedang membuat persiapan untuk tiba. Kita? Bila lagi untuk bersedia? Sudah membuat persiapan untuk menyambut bulan Ramadhan? 

Mesti tak sabar nak sambut Ramadhan kan? Alhamdulillah kalau ada yang rasa begitu. Bulan yang penuh keberkatan in shaa Allah. Tapi... Sempatkah kita bertemu Ramadhan ini kelak? Jika ajal yang mendahului. Allah.. Allah.. Fikir sendiri.

Jom! Saya pula nak share kat semua. 



'Warming-UP' Ramadhan


  1. Ikhlaskan hati.
    • Ini paling penting. Kita nak masuk bulan Ramadhan ni kene ubah niat kita dulu. Tetapkan niat kita dengan betul. Jangan ada niat terpaksa atau negatif dalam hati. Kalau tak, memang kosong la Ramadhan korang.
  2. Taubat yang murni
    • Digalakkan untuk bertaubat. Bukan sekadar nak masuk bulan mulia ni je. Kalau boleh kita buat lah berkali-kali kerana kita manusia yg tidak lari dari melakukan kesilapan. Kita lah pendosa yang tiada noktahnya. Muhasabah..
  3. Menjaga masa dari hal yang sia-sia
    • Mula dari saat ini kita latihkan diri kita dari buat perkara lagha. In shaa Allah bila tiba Ramadhan, kita terbiasa. Bukan hanya dalam Ramadhan, in shaa Allah sampai bila-bila.
  4. Lazimi puasa sunat
    • Tau kan puasa sunat bila. Isnin dan Khamis. Yang ada hutang puasa tu boleh gantikan sebelum Ramadhan.
  5. Pelajari Hukum hakam puasa
    • Rajin-rajinkanlah membaca hukum-hakam puasa. Supaya puasa kita pada Ramadhan akan datang lebih sempurna dan diterima oleh Allah. Jangan jadi seperti tin kosong yang hanya berbunyi tetapi tiada isi di dalamnya.
  6. Makan Bersederhana
    • Allah suka pada hambaNYA yang bersederhana. Makanlah makanan yang sederhana. Boleh kita makan makanan yang mewah. Tapi jangan kerap. Biar kita merasa susah di dunia in shaa Allah senang di akhirat kelak. Bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. 
  7. Biasakan Qiamulaill
    • Set jam. Praktikkan diri untuk bangun malam. In shaa Allah Ramadhan kelak kita dapat bangun dan terbiasa dengan Qiam. 
  8. Baca Al-Quran
    • Basahi lidah kita dengan ayat-ayat cinta dari Allah SWT. Baca walau sepotong ayat. Pahala berganda. Kita cuba khatamkan bermula sebelum datangnya Ramadhan sehingga habis Ramadhan in shaa Allah.
  9. Zikir dan Sedekah
    • Berzikirlah tak kira dimana jua anda berada. Biar bibir kia dibasahi dengan zikrullah. Jangan lupa juga bersedekah. Moga segala amal kebaikan yang kita lakukan Allah terima dan redha. 




Alhamdulillah. Moga bermanfaat buat semua ^_^.. In Shaa Allah..

Sabar.. Ramadhan pasti datang.. :)

Innallaha maassobirin :)








Wahai Diri! Qawiyy! Qawiyy Lillahi Ta'ala!

Assalamualaikum Warrahmatullah




Subhanallah Alhamdulillah Lailahailallah Allahuakbar! :) Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Sahabat, pernah tak merasai tika kita sedang berusaha dalam melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita? Ketika itu kita jahil. Masih dalam zaman kejahilan. Niat untuk melupa bukan untuk membenci. 

Namun, bila kita mengingati kembali. Allah.. Air mata pasti akan mengalir. Fikiran pasti akan penuh dengan persoalan yang tiada jawapan. Pasti akan tertanya.

"Kenapa aku kenal dia?"
"Kenapa dia harus wujud dalam hidup aku?"
"Kenapa dia?"
"Kenapa, kenapa dan kenapa??"

Ya. Amat perit untuk hadapi segalanya. Melupakan segalanya. Penghijrahan yang amat sukar buat diri kita yang baru kenal erti kehidupan yang sebenar. 

Sahabat, ini yang ana sedang alami ketika ini. Ana hanya mampu berserah pada Allah. Perasaan benci semestinya hadir tanpa diduga. Ingin ana mengawal. Tapi, terlalu sukar untuk dikawal. 

Ketika ana masih lalai dan sedang hanyut dalam mencari cinta Allah..
Ketika ana masih dalam proses penghijrahan yang amat seronok..
Ketika ana masih dalam proses melupakan segala kenangan zaman jahiliyah
Ketika ana baru merasa tenang dalam cinta Allah..

Sekarang muncul pula perkara yang selama ini memang kita tidak ingin ia berlaku.
Tapi ana tidak dapat menghalang dari perkara itu terjadi. Segalanya perancangan Allah. Allah ingin menyampaikan sesuatu pada ana. 

Ya. Lemah. Ana memang lemah. Rasa tidak terdaya. Ingin sahaja mengalah dan berhenti segalanya. Menangis. Semestinya. Air mata menjadi peneman. 



Tak! Ana tak boleh menyerah! Ana masih ada Allah. :') Ya. Allah bersama ana. Walau dimana ana berada sekali pun. 

Allah berfirman "Allah tidak akan menguji hambaNYA di luar batas kemampuannya."

Kan... Ana pasti boleh.. Ana yakin. Inallaha ma'ana..


# Jangan cepat mengalah. Serahkan segalanya pada Allah. Setiap yang berlaku pasti ada 1001 hikmah yang kita tidak ketahui. 

"Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan..." [QS. Al-Insyirah: 5-6]

Ketika masalah datang, Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. Allah hanya meminta kita SABAR dan SOLAT :) 
Jika Allah menguji kamu dengan musibah, ditimpa bala bencana dan permasalahan, ketahuilah bahawa Allah mencintai kamu, Allah ingin mendengar suara rintihanmu di dalam doa. Allah merinduimu :)

*** Senyum ^________^ ***


Wassalam... 

La Tahzan (Jangan Bersedih) Part 1



Assalamualaikum Warrahmatullah



Ya zaljalaali wal-ikram
Ya Allah, Tuhan yang memiliki segala kebesaran dan kemuliaan.

Amitna 'alaa diinil Islam
Matikan kami dalam agama Islam




Sifat Semulajadi Manusia

Salam sejahtera, salam ukhuwah, salam kesejahteraan, memohon kepada Allah SWT agar saudara-saudari, di mana pun saudara berada, sentiasa dalam pemeliharaan Allah SWT. 

Saudara,
Dalam kita meniti kehidupan seharian, ada kalanya kita bersedih. Sedih adalah sifat manusia. Sedih adalah sifat semulajadi manusia yang dicipta Allah SWT. Mustahil ada manusia yang tidak bersedih. Sedih, suka, duka, bahagia, derita, adalah merupakan sunnatullah dalam kehidupan ini.

Bukankah Allah mencipta tiap sesuatu itu berpasang-pasangan? Sedih lawannya gembira, ataupun sedih pasangannya gembira. Derita pasangannya adalah suka, bahagia. Maka ada kalanya kita merasa sedih, dan itu adalah sifat semulajadi manusia.

Namun apa yang perlu ialah bagaimana kita mengatasi kesedihan. Bagaimana untuk tidak menjadikan sedih itu suatu perasaan yang boleh mengikat diri kita, membelenggu diri kita, sehingga kita menjadi hamba kepada perasaan, hingga manusia hilang pertembingan dan sebagainya.

Sedih tidak boleh membawa kita kepada kehancuran. Bagaimana kita menjadikan sedih untuk menghambakan diri kita kepada Allah SWT?


Nabi Mengajarkan Doa



"
Saudara sekalian
Suatu ketika seorang sahabat sedang bersedih. Lantas Rasulullah SAW bertemu dan bertanya kepadanya: "Wahai sahabat, mengapa kamu bersedih?"

Lantas sahabat tadi menjawab: " Ya Rasulullah, aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat di atas pundakku."

"Apa dia?" kata Rasulullah.

"Hutang yang membelenggu diriku, dan kesedihan yang mengikat sanubariku."

Lantas baginda SAW bertanya: "Apakah kau ingin aku ajarkan satu doa, satu amalan, yang jika kau amalkan nescaya segala kesedihan, segala kedukaanmu, akan diangkat oleh Allah SWT, akan dipulihkan, akan diganti dengan kegembiraan dan kebahagiaan?"

"Balaa ya Rasulullah. Sebutlah, apakah doa, apakah amalan itu ya Rasulullah."

Lantas baginda mengajarkan sepotong doa. "Wahai sahabatku, jika kamu mengamalkan dia ini setiap pagi dan setiap petang, inshaAllah sebanyak manapun kedukaanmu, akan dilenyapkan oleh Allah SWT."

Apakah doa itu saudaraku sekalian? Baginda mengajarkan doa tersebut.

"Ya Allah, aku berlindung kepada-MU daripada sifat sedih dan berdukacita. Aku berlindung kepada-MU ya Allah, dari sifat lemah dan malas. Dan aku berlindung kepada-MU ya Allah,dari sifat penakut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada-MU ya Allah, daripada beban hutang dan tekanan perasaan (oleh orang lain)."




To be continue.......... :)

Assalamualaikum...




Rezeki Allah




Assalamualaikum Warrahmatullah

Astaghfirullah (3x)
Alhamdulillah. Allah bagi peluang untuk berkongsi ilmu pagi ni. Apa khabar iman ya sahabat? 

Sebelum tu, elok pagi-pagi ni baca ni:

اللَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِي مِنْ نِعْمَةٍ أَوْ بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ فَمِنْكَ وَحْدَكَ ، لا شَرِيكَ لَكَ ، فَلَكَ الْحَمْدُ ، وَلَكَ الشُّكْرُ
"Ya Allah, pada pagi-pagi ini, apa juga nikmat yang ada padaku atau mana-mana makhlukMu, semuanya dariMu. Tiada sekutu bagiMu. Milikmu segala pujian dan terima kasih kami" (Zikir al-Ma'surat. Riwayat Imam an-Nasai dari Abdullah bin Ghannam r.a.).





Alhamdulillah. Ni breakfast ana pagi ni. Rezeki Allah. Jom sarapan ^_^

Talking about rezeki Allah. Rezeki Allah ni luas. Terlalu luas. Tapi pernah atau tidak kita bersyukur atas rezeki yang Allah bagi kat kita?

Allah berfirman : 

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا

"......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud, ayat 6).
See? Jaminan rezeki dari Allah SWT pada mahklukNya adalah jaminan yang pasti lagi benar bagi menunjukkan betapa Maha Kaya Allah yang memiliki segala sifat kebesaranNya. Subhanallah. 

Allah Maha Kaya dan Pemberi Rezeki. Allah akan jamin hidup manusia
dimuka bumi ini. Allah akan memberikan rezeki sesuai dengan kerjanya. Allah akan tambahkan rezeki, sekiranya pandai bersyukur. Allah sediakan semua keperluan manusia tanpa bayar satu sen pun. Ada sebuah ungkapan mengatakan "hidup adalah untuk makan ataukah makan adalah untuk hidup?"






Bip2 : Pepatah tu tidak benar. Tapi, pepatah tu sesuai untuk makhluk-makhluk Tuhan lainnya iaitu : "binatang". Mereka memang setiap hari mencari makan (rezeki), setelah selesai makan mereka bermain-main dan kemudian tidur, beranak, dan membesarkan.

Hidupnya sehari-harian adalah mencari makan untuk hidup. Tidak lebih daripada itu. Apakah manusia yang mempunyai akal sama dengan binatang?

Antara makna "Ilah" yang terkandung di dalam kalimah syahadah iaitu "la ilah haillallah". Dalam permasalahan rezeki, kalimah syahadah ini mengajar kita iktiqad "Tidak ada yang memberi rezeki melainkan Allah". Jika seseorang mengakui bahawa ada makhluk yang memberi selain Allah SWT bererti dia telah beriktikad dengan iktikad yang salah dan boleh membawa kepada syirik.

Soal rezeki terlalu panjang perbahasannya tetapi penutupnya pula adalah pendek lagi ringkas iaitu semuanya rezeki itu adalah datang dari Ar Razaq.

فَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِّنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 245)




 

Template by Web Hosting Reviews

SEMUANYA MILIK MR.MRS DEBO@2014
Tiny Kaoani